HIDUP di dunia ini hanya sementara. Ingatlah bahawa kehidupan sebagai isteri sebaiknya ada di sisi suami. Seperkara lagi jangan bongkak dan keras kepala.
Sikap bongkak dan sombong itu akan memualkan orang dan setiap kali ia berlaku, setiap kali itu akan ada orang berdoa. Maka insaflah.
Saat berada di atas hanya seketika. Kalau sudah jatuh nanti, macam batang kelapa tumbang, kura-kura pun boleh lalu dan memanjat di atasnya.
Ingatlah saat-saat jatuh yang biasanya penuh parah dan luka. Penuh sedih dan lara. Tuhan tidak meletakkan manusia sentiasa di atas, apatah lagi bagi mereka yang kelihatan amat bongkak kelakuan dan sifatnya.
Manusia lain mempunyai mata dan fikiran untuk melihat dan mempertimbangkan. Yang baik dan yang buruk, merekalah yang menjadi cerminnya, bukan kita.
Sifat buruk hanya akan memakan diri, terutama apabila kita telah tiada di atas nanti. Percayalah dan percayalah Tuhan itu Maha Adil. Esok lusa pun boleh ditunjukkannya sesuatu iktibar untuk manusia mempelajari himah kehidupan ini.
Kepada semua bergelar isteri ingatlah. Pakailah tudung!