nuffnang ads

Monday, January 3, 2011

PENGAKUAN PEMAIN TENGAH, AMAR ROZIDAN: SAYA DISEPAK PENYOKONG INDON!

WALAUPUN Malaysia telah dinobatkan sebagai juara piala Suzuki AFF selepas mengalahkan Indonesia, baru-baru ini, namun ada cerita tidak enak didedahkan pemain tengah pasukan negara, Amar Rozidan berhubung perangai buruk penyokong negara jiran itu.

Amar memberitahu Harian Metro, dia tidak menyangka penyokong Indonesia sanggup menyepak pahanya dan mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling objek seperti pemetik api ke arah dia dan kawan-kawannya ketika memasuki hotel penginapan pada malam selepas memenangi perlawanan itu.

"Secara tiba-tiba salah seorang penyokong berkenaan menyepak paha saya dan saya tidak bolehh berbuat apa-apa kerana keadaan ketika itu agak tegang manakala pasukan keselamatan mengarahkan kami segera memasuki bilik hotel bagi mengelak perkara lebih buruk," katanya.

Amar mendedahkan buruk kelaku penyokong Indonesia itu ketika ditemui di rumahnya di Taman Emas, Bukit Keteri, Kangar selepas satu majlis kenduri kesyukuran yang dianjurkan penduduk tempatan, kelmarin.

Amar menyifakan kejadian itu sebagai satu pengalaman menarik yang tidak akan dilupakannya sepanjang 15 kali beraksi bersama pasukan Harimau Malay di peringkat antarabangsa.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10