BENARKAH khabar angin mengatakan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO mahu meletakkan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, di Labis?
Kalau benar, ini tentu sesuatu yang menarik. Satu senario, fenomena dan situasi yang bakal memeriahkan lagi pilihanraya di kawasan itu, apatah lagi Markom boleh bertanding melawan seorang guru. Ya, seorang guru, Normala Sudirman boleh bertanding melawan bos besarnya.
Benarkah? Kalau tidak benar sekalipun, rasanya BN tentu boleh mempertimbangkan agar khabar angin ini menjadi kenyataan kerana Markom pun kelihatan seperti telah mulai pandai menyesuaikan diri dalam politik, selepas dikesan memujuk guru kaunselor memastikan kemenangan BN dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Sayang juga rasanya, bakat yang ada pada Markom dibiarkan begitu sahaja. Dia petah bercakap soal politik dan kalau dilihat pada videonya yang tersebar di dalam YouTube sebelum ini, Markom pun pandai menyanyi! Sedap juga suaranya.