PELACUR profesional yang menjadi tarikan antarabangsa dalam kesnya dengan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, membuat pusingan U pula, semalam.
Karima el-Maroug, 17 tahun, warga Magribi mendakwa Berlusoni hanya memberinya wang tapi tidak melakukan hubungan seks.
Karima atau nama glamournya, Ruby berkata demikian ketika ditemubual syarikat televisyen SkyTG24 TV. Malah menurut Ruby, dia datang ke kediaman Berlusconi sempena Hari Valentine tahun lalu dan Berlusconi membayarnya hampir RM400,000!
Keterangan terbaru Ruby ini bertentangan dengan laporan polis dibuatnya sebelum ini dan keterangan diberinya kepada pasukan penyiasat. Kenyataan terbaru ini menggugat usaha pejabat pendakwaan Itali untuk mendakwa Berlusconi dan sekali gus harapan untuk melihat Perdana Menteri itu meringkuk 15 tahun dalam penjara, turut kabur.
Jumaat lalu, pejabat pendakwaan Itali mengeluarkan kenyataan secara rasmi meletakkan Berlusconi sebagai suspek melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur dengan membayar sejumlah tertentu. Malah jemputan menghendaki Berlusconi datang untuk disoalsiasat juga telah dikeluarkan.
Moral cerita ialah duit membeli semuanya. Termasuk membeli kebenaran dan harga diri!