nuffnang ads

Monday, January 17, 2011

PERHILITAN! JANGAN MALASLAH. PERGI ALIHKAN BUAYA DI TASIK TAMAN SERI INDERAPURA, KUANTAN. JANGAN TUNGGU SAMPAI ADA JADI MANGSA. TERIMA KASIH!

PERHILITAN. Jangan malaslah. Pergi segera alihkan sekurang-kurangnya tiga ekor buaya yang sedang seronok bermain air di tasik Taman Seri Inderapura, Kuantan. Kawasan itu dekat sangat dengan sekolah. Kawasan itu kini jadi tumpuan, terutama di kalangan kanak-kanak. Maknanya, bahaya. Saya ejakan perkataan bahaya..BAHAYA atau dalam bahasa Ingerisnya DANGER.

BAHAYA...buaya di tasik Taman Seri Inderapura. Buaya tak memilih mangsa, pegawai Perhilitan pun boleh dingapnya.
Semua buaya itu dikatakan telah masuk ke tasik buatan manusia itu ketika banjir lalu dan salah seekor daripadanya berukuran lebih 3 meter.

Pergilah Perhilitan. Kata penduduk, aduan telah dibuat, manakala pegawai Perhilitan hanya datang dan lihat. Penduduk mengadu bukan sekadar minta Perhilitan sama seperti orang lain jadi pengunjung seronok melihat kehadiran buaya di tasik itu.

Penduduk mengadu mahu Perhilitan bertindak mengalihkan kesemua buaya berkenaan. Ini perlu difahami Perhilitan sebab salah seekor daripadanya pernah mendarat dan menghampiri perkarangan rumah penduduk di situ.

Tolonglah Perhilitan. Kita bekerja kerana Allah kan. Tolong ya, pindahkan buaya itu ke tempat atau habitat sesuai sebelum sesuatu kemungkinan buruk berlaku.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10