MAHKAMAH Majistret Kota Kinabalu, semalam menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas Awang Selamat, bekas DJ sebuah stesyen radio tempatan selepas didapati bersalah kerana kesalahan mencuri.
Awang Selamat, 27, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Norhamizah Shaifffudin, selepas bersalah mencuri sebuah beg tangan mengandungi MyKad, kad ATM, tunai RM300 dan 4 telefon bimbit yang kesemuanya bernilai RM3,500.
Perbuatan itu dilakukan Awang di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Jalan Api-Api pada 28 September tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.-theborneopost