nuffnang ads

Saturday, January 15, 2011

MISTERI VAN TERTULIS PERKATAAN MENGHINA MELAYU DIPANDU KE PEJABAT MUIS

Van Mercedes Vito diconteng beberapa perkataan menghina Melayu ditinggalkan di depan ibu pejabat Muis di Singapura, semalam. ST
SEORANG lelaki mirip lelaki Timur Tengah, dilihat memandu sebuah van jenis Mercedes Vito, memasuki bahagian parkir depan ibu pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), semalam, sebelum meninggalkan van berkenaan secara tergesa-gesa.

Tindakan pelik lelaki berusia 50-an itu menimbulkan misteri apabila di sekeliling van mewah itu tertulis perkataan menghina kaum Melayu seperti perkataan Mati dan SgMalay di bahagian belakang dan depan. Malah beberapa perkataan lain yang lebih sensitif juga diconteng pada beberapa bahagian lain van berkenaan.

Polis yang dipanggil membuat pemeriksaan dan serentak itu kerajaan Singapura hari inimengeluarkan kenyataan akan bertindak tegas kerana perbuatan menghina bangsa dan agama, amat ditegah di negara itu.

Pihak berkuasa kini sedang memburu lelaki Timur Tengah yang dikatakan memandu masuk van berkenaan ke perkarangan ibu pejabat Muis itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10