nuffnang ads

Saturday, January 15, 2011

PERALATAN MENGESAN TANAH RUNTUH DICURI DI FILIPINA: 200 PENDUDUK DITIMPA BENCANA

SATU-satunya peralatan mengesan tanah runtuh di Filipina, dilaporkan dicuri semalam, menyebabkan 200 penduduk daripada 40 keluarga di Kampung Malinao, gagal menyelamatkan harta benda dalam kejadian tanah runtuh di kampung mereka.

Peralatan dikenali Landslide Early Warning System (SLEWS) itu adalah yang pertama dimiliki kerajaan Filipina dan masih di dalam tempoh percubaan selepas dipasang November 2010.

Kehilangan peralatan itu disahkan oleh Agensi Bantuan Jerman yang membekalkan peralatan berkenaan. Semua set peralatan itu terdiri daripada sensor, transmiter radio, panel solar, antena dan dua bateri dianggarkan berharga lebih RM20,000.

Ia mampu berfungsi mengesan bahaya dan pergerakan luar biasa tanah dan menghasilkan data serta memberi amaran sebelum sebarang kejadian tanah runtuh berdekatan akan berlaku, terutama selepas hujan lebat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10