nuffnang ads

Wednesday, January 19, 2011

ORANG DALAM JABATAN PENDAFTARAN DIPERCAYAI TERBABIT KELUARKAN SIJIL LAHIR: SIASAT SEKALI KESEMUA PERMOHONAN MYDKAD YANG MASIH BELUM SELESAI, BIMBANG ADA UDANG DI SEBALIK BATU

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) dilaporkan sedang menyiasat terdapat pegawainya sendiri terbabit dalam pengeluaran sijil kelahiran kepada sindiket menjual bayi yang dibongkar polis kelmarin. Semua ini dikatakan berlaku, akibat gelap mata kepada kemewahan cara mudah.

Ini bermakna, tidak mustahil jenayah serupa juga boleh berlaku dalam permohonan MyKad melibatkan ribuan pemohon yang sehingga kini masih gagal memperolehinya walaupun sesetengah di antara pemohon itu telah memohon berpuluh tahun dan memiliki sijil kelahiran.

Tanpa wasangka, elok kiranya pihak berkuasa menyiasat kesemua fail dan data permohonan MyKad terutama di kalangan pemohon yang tidak mempunyai dokumen mencukupi, walaupun dilahirkan di negara ini. Ini kerana kita bimbang, permohonan itu diberikan kepada orang lain semata-mata kerana duit tanpa disedari pemohon atau pihak berkuasa.

Rasional supaya kesemua permohonan MyKad bermasalah ini disiasat dan disemak oleh pihak berkuasa ialah, kita bimbang jika wujud perbuatan mengeluarkan MyKad atas nama pemohon yang gagal itu kepada pihak lain sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara. Pada sisi lain, ia menyebabkan mereka yang sepatutnya layak yang lahir di negara ini, tidak mendapat hak mereka.

PERDANA MENTERI mungkin boleh memberi perhatian segera terhadap kemungkinan ini berdasarkan laporan bahawa ada orang dalam JPN dikatakan terbabit dalam pengeluaran sijil kelahiran dengan mendapat keuntungan lumayan daripada sindiket pemerdagangan orang.

Jumlah pemohon MyKad yang masih gagal memperolehi kad pengenalan mereka kerana masalah teknikal seperti tidak mempunyai dokumen seperti sijil nikah ibu bapa, dikatakan mencecah ribuan orang di negara ini. Kerajaan mesti melihat senario ini secara serius kerana kebimbangan kita terhadap jenayah dilakukan secara dalaman semakin kuat ekoran pendedahan media kebelakangan ini.

Bukan susah sebenarnya mengeluarkan MyKad menggunakan nama dan identiti pemohon yang gagal kepada pihak lain yang tidak bertanggungjawab kerana kita tidak pernah berpeluang melihat atau menyemak situasi proses permohonan atau data itu secara telus.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10