|
Umum. Lanun Somalia berleluasa di perairan antarabangsa sepanjang tahun lalu, menahan 1,181 tebusan dan merampas 53 kapal. Ratusan juta ringgit dilaporkan telah dibayar bagi membebaskan sesetengah tebusan dan anak kapal terbabit. |
LANUN di perairan antarabangsa, terutama di Laut Arab, majoritinya warga Somalia telah menahan 1,181 anak kapal sebagai tebusan dan merampas 53 kapal kargo atau tangki membawa pelbagai barangan sepanjang tahun lalu.
Laporan tahunan Biro Maritim Antarabangsa yang berpusat di Kuala Lumpur semalam, menyatakan daripada 53 kapal yang dirampas, 49 daripadanya dilakukan oleh lanun Somalia.
Menurut kenyataan itu lagi, jumlah tawanan dan rampasan kapal adalah yang tertinggi pada tahun lalu jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.