nuffnang ads

Tuesday, January 18, 2011

NKRA BUANG BAYI DI SABAH MENINGKAT DAN KRITIKAL!

TERKEJUT apabila mendengar Ketua Puteri Umno Sabah, Musliati Moslimin TERKEJUT apabila mendapati masalah buang bayi di negeri itu telah mencapai tahap serius dan kritikal.

Menurut Musliati, pihak berkuasa mesti segera bertindak mengatasi masalah itu yang dilaporkan semakin membimbangkan.

Kebimbangan Musliati dikatakan berpunca apabila dia mendapat tahu sebanyak lima kes pembuangan bayi dikesan berlaku di negeri itu sejak awal tahun ini.

Lima kes itu dilaporkan berlaku di Gayang (Tuaran), Kompleks Salut (Kota Kinabalu), Kampung Sing Kee (Sandakan), Tanah Merah (Sandakan) dan Taman Perumahan Che Mei (Penampang).

Musliati menggesa semua pihak segera menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah itu. Cuma Musliati perlu tahu ialah, pihak berkuasa kalau bekerja 24 jam pun tidak akan mengatasi masalah itu kecuali ia mesti bermula dengan penerapan nilai Islam di kalangan penduduk beragama Islam terlebih dulu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10