MAYAT seorang nelayan, Abdullah Salleh, 51 yang hilang apabila bot dinaiki bersama dua yang lain karam di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu awal pagi Ahad lalu, ditemui jam 7.30 pagi tadi.
Mayatnya ditemui orang ramai di pantai berhampiran Sekolah Kebangsaan Cendering. Abdullah hilag sejak kelmarin, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencari dan menyelamatnya.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, bot dinaiki mangsa, bersama adiknya, Yusof dan Md Ali Musa, 61, tenggelam dipercayai bocor. Yusof dan Md Ali bagaimanapun, terselamat.