nuffnang ads

Tuesday, January 18, 2011

PENYELIA KEMAS MENGAKU BERSALAH TUDUHAN RASUAH

SEORANG penyelia KEMAS (Kemajuan Masyarakat) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas tiga tuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, membabitkan jumlah sebanyak RM15,000.

Russ Soli Harun, 55, mengaku bersalah terhadap kesemua tuduhan yang dibacakan kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Disember 2004 dan 4 Februari 2005 di Bank Bumiputera Commerce Chd, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh, menetapkan 21 Februari depan sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman. Beliau juga membenarkan tertuduh dijamin sebanyan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua tuduhan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10