nuffnang ads

Wednesday, January 12, 2011

MULA-MULA PUKUL. KEMUDIAN ROMPAK, KEMUDIAN ROGOL. AKHIR SEKALI LIWAT!!

BANYAK perkara yang tidak diingini dan sebahagiannya menjadi perkara paling menakutkan dalam hidup setiap wanita, akhirnya berlaku.

Semua itu menimpa seorang wanita berusia 27 tahun, seorang pegawai teknologi maklumat, dipukul, dirompak, dirogol dan diliwat oleh seorang lelaki selepas diculik sebaik sahaja turun dari keretanya di pekarangan kondominium di Pandan Indah, awal pagi kelmarin.

Tiga lelaki dipercayai warga Indonesia, menariknya masuk ke dalam keretanya selepas dipukul secukup-cukupnya sebelum dibawa ke sekitar ibu kota dan menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN).

Dia kemudian dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara, di Chamang, Bentong, Pahang sebelum seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwatnya.

Mangsa yang berjaya melepaskan diri selepas itu meminta bantuan orang ramai dan dibawa ke Balai Polis Bentong untuk membuat laporan.

Tiga lelaki keparat itu melarikan diri menaiki kereta milik mangsa. Mangsa kini dilaporkan berada di Hospital Temerloh dalan berada dalam keadaan amat menyedihkan dipercayai terlalu trauma dengan kejadian itu.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaludin, dipetik memberitahu Harian Metro, ada menerima laporan mangsa dan mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

Polis Ampang kini menyiasat kes melibatkan rompakan manakala kes rogol dan liwat akan disiasat oleh polis Bentong berikutan kejadian berlaku di daerah berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10