nuffnang ads

Wednesday, January 12, 2011

BAPA DAN IBU TIRI NUR DANIA QISTINA DITAHAN POLIS!

POLIS menahan bapa dan ibu tiri Nur Dania Qistina, kanak-kanak berusia 3 tahun yang meninggal dunia kelmarin selepas didera, dipercayai dlakukan oleh suspek.

Kedua-dua ditahan oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Felda Tenggaroh 6, Mersing kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainudin, berkata pasangan berusia 30 dan 25 tahun itu ditahan reman sehingga 17 Januari depan bagi membantu siasatan kes kematian Nur Dania.

Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Nur Dania disahkan doktor meninggal kerana didera selepas pegawai perubatan mengesan 73 bekas dera di badannya. Allahyarham juga mengalami pendarahan pada paru-parunya.

Sementara itu, pemeriksaan awal oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) ke atas kakak dan adik allahyarham mendapati ada kesan lebam pada badan mereka, dipercayai turut menjadi mangsa dera. Kakak mangsa, Nur Diana Batrisha, 5, dan adiknya Danish Irsyad, setahun kini masih dalam pemerhatian di hospital berkenaan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10