nuffnang ads

Wednesday, January 12, 2011

FASHA SANDA HILANG!

GARA-gara tidak berani berdepan dengan media dan peminat, Fasha Sanda menghilangkan diri. Ini semua hanya berpunca daripada kutukan, makian, kritikan yang bergunung-gunung diterimanya selepas gambarnya berbikini dan separuh bogel di Bali, tersebar.
Gambar hiasan

Fasha juga dikatakan tidak pulang ke rumah, manakala panggilan telefon tidak berjawab. Dia dipercayai menyembunyikan diri kerana bimbang berdepan orang ramai - berdepan realiti!

Banyak kutukan di dalam internet dilemparkan peminat dan orang yang tidak berminat dengannya termasuk komen yang pedas dan terus-terang mengejek mengatakan tubuh Fasha memang tidak menarik. Kata segelintirnya Fasha tidak malukah mendedahkan tubuh yang tidak cantik?

Malah ada komen dalam blog dan facebook yang turut berkias mengatakan limau di Bali, macam limau bantut!

Pada saat akhir semalam dia juga tidak hadir dalam Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green di Kuala Lumpur. Fasha sepatutnya memperagakan fesyen terbaru pada pertunjukan itu.

Usaha media mengesan kehadirannya di lokasi penggambaran drama Samson & Delaila di Kelana Jaya juga tidak berhasil. Fasha sebenarnya hilang dan gagal dikesan sejak kelmarin.

Dia dipercayai berada di sebuah kediaman teman paling rapatnya dan kini mengambil tindakan membuat gencatan dengan dunia luar - media dan peminat kerana malu dan serba salah. Angkara silap sendiri!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10