nuffnang ads

Thursday, January 27, 2011

LELAKI SOROK 2,002 JANIN DI KUIL, DIHUKUM PENJARA 20 TAHUN

Di sini 2002 janin magsa pengguguran disembunyikan. Hari ini penjaganya, Suchart Phume dihukum penjara 20 tahun oleh mahkamah Thailand

JIKA tidak kerana hukuman penjara maksimum bagi kesalahan dilakukannya hanya 20 tahun, seorang lelaki di Thailand tentu meringkuk di dalam penjara selama 333 tahun, atas kesalahan menyembunyikan sebanyak 2,002 janin mangsa pengguguran di dalam sebuah kuil di Bangkok, tahun lalu.

Suchart Phumee, 38, dihukum penjara sebanyak 2 bulan bagi setiap satu janin- menjadikan jumlah hukuman penjara keseluruhan bagi 2002 janin disembunyikan sebanyak 333 tahun! Namun hukuman itu diselaraskan kepada 20 tahun, bersesuaian dengan jumlah maksimum penjara bagi kesalahan berkenaan di negara itu.

Kesemua janin itu ditemui disimpan di dalam tiga bilik mayat Kuil Phai Ngern dan ditemui selepas pihak berkuasa menyiasat selama beberapa hari pada November lalu.

Seorang lagi suspek, Suthep Chabangborn, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10