nuffnang ads

Thursday, January 27, 2011

SIASAT SEGERA WAKIL RAKYAT YANG GUNAKAN KELULUSAN DOKTOR FALSAFAH PALSU ATAU MERAGUKAN


KETIKA semua mesti kelihatan bersih supaya apa yang bersih pada cakap akan benar-benar bersih pada tubuh dan hati, maka tindakan memeriksa dan membuat pengesahan ke atas semua yang mengaku mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) terutama di kalangan wakil rakyat mesti dilakukan segera.

Banyak pihak telah mula berbunyi menyuarakan keraguan di atas ketulenan ijazah membawa gelar Dr itu yang digunakan pakai secara meluas kebelakangan ini.

Pemeriksaan dan pengesahan mesti dilakukan supaya rakyat yang menganggap pemimpin mereka seorang yang bestari dan cerdik serta tergolong dalam kelompok cendekiawan seperti sewajarnya tidak tertipu oleh penggunaan ijazah kedoktoran yang palsu ini.

Satu peraturan atau arahan bertulis mesti dikeluarkan kepada semua wakil rakyat, termasuk juga menteri jika perlu bagi mewajibkan ijazah yang mereka miliki diperiksa oleh sebuah badan bebas, termasuk juga dengan mengemukakan dokumen wajib seperti transkrip berkaitan.

Jika MyKad palsu dan wang palsu pun boleh dimiliki tidak mustahil demi memenuhi nafsu angkuh untuk kelihatan pintar dan cerdik dalam akademik menjadikan manusia sanggup menipu diri sendiri dan masyarakat.

Ayuh, pastikan pemeriksaan ini dilakukan segera kerana boleh menutup mulut pihak yang mendakwa ada si polan bin si polan memiliki ijazah kedoktorann palsu. Kita mahu ini dilakukan atas nama kebenaran. Jika tiada katakan tiada, jika ada jangan biarkan. Dedahkan!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10