nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

KHUSRIN SEBENARNYA BAIK ORANGNYA. SILAP-SILAP BOLEH JADI CALON PAS!

SUK yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) datuk Mohamed Khusrin Munawi, sebenarnya tidaklah seburuk mana seperti yang kita sangkakan.

Dia seorang anak kampung yang pemalu dan sejarah sejak kecilnya di kampung kelahirannya dikatakan orang sebagai anak yang amat patuh pada keluarga dan tidak pernah langsung bergaduh atau mencari gaduh dengan rakan-rakan sebaya.

Sebagai antara kelompok anak muda Kampung Jalan Kebun yang awal memasuki universiti selepas Datuk Karim, Mohamed Khusrin sebenarnya menjadi kebanggaan masyarakat Jalan Kebun, di Klang.

Percayalah, dia seorang yang pemalu dan selalu berdiri di tengah-tengah dalam apa juga keadaan. Kalau dia dilihat condong dalam beberapa isu ketika menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), barangkali pandangan itu sedikit kurang tepat.

Orang akan terkejut kalau Mohamed Khusrin dikatakan seorang yang begitu kerana realiti sifat yang dibawa oleh batang tubuhnya adalah di sebaliknya. Malah kalau Mohamed Khusrin masih bujang, ramai orang tua di Kampung Jalan Kebun mahu bermenantukan dia.

Mungkin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh mengundur sedikit pandangannya terhadap siapa sebenarnya Mohamed Khusrin ini. Bagilah dia sedikit peluang dan ruang untuk membuktikan kejujurannya. Mana tahu, dia bakal calon PAS akan datang?

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10