nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

BETUL YANG ARIF: SAYA RAKAM GAMBAR HUBUNGAN SEKS SEBANYAK 507 KALI!

UMAAAK AI...di dalam mahkamah dia mengaku merakam dan menyimpan 507 klip video hubungan seks. Daripada jumlah itu 480 kali adalah rakaman hubungan seks antara dia dengan beberapa wanita lain. Selebihnya seks melibatkan orang lain.

Bayangkan 480 kali hubungan seks dia dengan pelbagai wanita yang dirakamkan. Bayangkan pula hubungan seks dia dan wanita yang tidak sempat dirakamkan. Banyak betul dan pelbagai rupa dan aneka wanita yang dia rasa!

Inilah pengakuan seorang bekas ejen hartanah Singapura, Chen Guilin @ Garry Ng apabila dia didakwa di mahkamah republik itu semalam.

Modus operandi Garry Ng ialah menyembunyi kamera di dalam beg plastik dan kamera itu digunakan untuk merakam setiap kali dia melakukan hubungan jenis.

Ada di antara wanita yang disetubuhinya bersetuju hubungan itu dirakamkan, manakala selebihnya tidak mengetahui aksi lasak gaya bebas mereka di ranjang dirakamkan oleh lelaki durjana itu.

Namun perbuatannya yang bodoh itu berjaya dibongkar apabila dia sengaja menjerat leher sendiri dengan memasukkan semua rakaman hubungan seks itu ke dalam internet. Bertolak daripada situlah, polis menahan dan merampas bahan bukti di rumahnya di Yishun Street.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10