nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

160 PELAJAR DITAHAN KERANA GAGAL MENJELASKAN YURAN

SERAMAI 160 pelajar di sebuah Sekolah Antarabangsa di Ampang, Kuala Lumpur, 'ditahan' di dalam perpustakaan dan bilik Seni oleh pengurusan sekolah terbabit, sejak 8 pagi hingga tengah hari Isnin lalu, hanya kerana keluarga mereka masih gagal menjelaskan yuran pengajian.

Kesemua pelajar, 100 pelajar sekolah rendah dan 60 pelajar sekolah menengah itu dilarang memasuki kelas masing-masing pada hari pertama persekolahan, sehinggalah keluarga masing-masing kemudiannya menjelaskan bayaran berkenaan.

Pengetua sekolah terbabit, mengesahkan tindakan yang diambil ke atas pelajar itu sambil menegaskan bahawa itu adalah polisi sekolah berkenaan.

Menurutnya, selagi keluarga pelajar tidak menjelaskan yuran pengajian bagi penggal berikutnya, pelajar tidak akan dibenarkan belajar atau masuk ke kelas masing-masing.

Pengetua itu juga berkata, pentadbiran sekolah telah menghantar 4 notis peringatan mengenai perkara itu termasuk kesan yang akan menimpa pelajar, tetapi ia tidak diendahkan.

Sebahagian besar keluarga pelajar bagaimanapun mendakwa mereka tidak mengetahui adanya tarikh akhir bagi menjelaskan yuran berkenaan dan sesetengah yang lain pula kesal kerana dikenakan denda tambahan 20 peratus daripada yuran sebagai penalti lewat.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10