TUJUH daripada 17 anak kapal kargo M V Soon Bee 11 yang tenggelam di Kuala Gerigat ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sarikei, dikhuatiri lemas, manakala 10 yang lain selamat apabila ditemui di pantai Kampung Kabong, dekat Sarikei hari ini.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Ismail Bujang Pit, berkata mereka yang terselamat itu belum diketahui identiti mereka, tetapi kesemuanya telah dihantar ke klinik di Kabong untuk pemeriksaan lanjut.
Kapal itu yang berusia lebih 40 tahun dalam perjalanan dari Kuching ke Sarikei apabila pemiliknya gagal menghubungi kesemua krewnya sejak 8.45 pagi Isnin lalu.
Difahamkan, keadaan arus yang bergelora di sungai setinggi tiga meter akibat hujan lebat, menjadi antara faktor kapal kargo berkenaan tenggelam.
Senarai nama kesemua 17 krew anak kapal berkenaan adalah seperti berikut:
Imam Fahrudi
Sadiri Ismail
Athoaba Baremron
Tripati Yogesh Kumar
Vivek Kumar Sharma
Wong Kie Ket
Robert Aling anak King
Bong Youn Choi
Jong Qin You
Arun Mathunny
Vijit Hazarika
Manish Kumar Singh
Akhnand Pratap Singh
Raviderdeep Singh
Narotan Banshiyar
Bong Kui Seng
Perates anak Sapor