HABIS segala bagai barang kebelakangan ini yang amat diperlukan oleh rakyat mulai tidak cukup dan kalau cukup ia akan ditawarkan dengan harga yang amat tinggi.
Kelapa tak cukup, bawang tak cukup, minyak masak tak cukup! Dah berbuih bertanyakan kenapa semua benda ini tidak cukup. Malaysia ini tanahnya tak subur ke? Atau Malaysia ini macam Singapura atau Jepun telah kehabisan tanah untuk ditanam dengan segala bagai tanaman keperluan rakyat?
Noh Omar sebagai Menteri Asas Tani buat kerja apa? Nak berpolitik sahajakah? Hari ini rakyat mengadu kelapa tak cukup, esok lusa ada kementerian akan cakap, kita dah import! Esok lusa berlaku lagi masalah barangan tak cukup. Jawapannya pun sama. Kita tengah import untuk memenuhi keperluan rakyat. Aduhhh!!
Tak reti dan tak faham ke nak hasilkan sendiri? Lainlah kalau rakyat cakap, kepala lutut tak cukup! Kepala lutut memang tak boleh nak tanam di bumi Malaysia yang subur ini. Tapi kelapa boleh! Kepala manusia pun boleh ditanam, cuma tak boleh bertunas!
Tolonglah menteri! Usahkan kelapa atau bawang yang boleh ditanam di negara kita. Epal pun boleh! Nak dikatakan bengap dalam pengurusan hasil tani dan barangan keperluan rakyat, marah! Tapi apakah perkataan paling sesuai kalau kerajaan menerusi menteri, kementerian dan agensinya tak pernah langsung berjaya atasi masalah-masalah ini untuk jangka panjang? Apakah istilah yang patut kita bagi kepada mereka ini yang memimpin dan mentadbir negara?............perkataan inikah!
Tolong! Jangan salahkan rakyat dalam soal ini. Ingat! Pemimpin kena selesaikan dengan pelan dan perancangan yang bijaksana. Malulah sikit dengan pemimpin Singapura misalnya. Walaupun mereka tak ada tanah, tapi semua barangan mereka perlukan mencukupi.
Dah 53 tahun merdekalah woii! Bangunlah! Apakah bumi yang sebegitu luas belum terusik di negara ini yang subur tanahnya mahu ditanam BATU NISAN sahaja sebagai tanda kematian rakyat?