HANYA kenal menerusi ruangan persahabatan di dalam sebuah majalah tempatan dan bermesra menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) selama seminggu, seorang pelajar perempuan 15 tahun sudah sanggup menghantar gambar bogelnya kepada 'teman' lelaki barunya itu.
Gambar tanpa seurat benang yang dihantar menerusi MMS itu diterima dengan hati lapang dan bangga teman lelakinya yang berusia 37 tahun. Lelaki itu kemudian menjual air liurnya lagi dan berjaya membawa remaja terbabit keluar untuk makan-makan.
Kalau sudah dinamakan jantan, mana cukup makan-makan kalau tidak ke bilik hotel. Peliknya gadis itu bersetuju dan mereka menghabiskan masa berjam-jam di bilik hotel untuk bercucuk tanam!
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Datuk Ku Chin Wah, berkata perhubungan mereka tidak habis di situ. Lelaki terbabit yang bekerja di sebuah premis kafe siber, kemudian menjual lagi air liurnya dan mereka berjumpa beberapa kali lagi selepas itu.
Difahamkan dalam setiap pertemuan mereka, pasangan buluh dan rebung itu mengadakan hubungan seks sebagai tanda kasih!
Namun langit tidak sentiasa cerah buat remaja yang baru mengenal nikmat seks itu, apabila teman lelakinya meluahkan hasrat untuk meminjam sejumlah wang. Bagaimanapun, remaja terbabit gagal memenuhi permintaan teman lelakinya itu lalu dia diugut.
Menurut Ku, lelaki terbabit mengugut untuk mengedarkan gambar-gambar bogel remaja terbabit jika permintaannya untuk mendapatkan wang tetap tidak dipenuhi.
Dek bengang dan bingung, remaja itu memberitahu keluarganya dan satu laporan polis dibuat sebelum polis bertindak menahan lelaki terbabit di Jalan Imbi, semalam.