nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

KANAK-KANAK TIGA TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI PARIT KETIKA HUJAN LEBAT

SEBUAH keluarga di Kampung Kubang Putat, Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu menyambut kedatangan tahun baru 2011 dengan kesedihan apabila anak mereka yang berusia 3 tahun dipercayai lemas di dalam parit berdekatan rumah mereka, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata mangsa Durrani Arfah Masrul, dipercayai tergelincir ke dalam parit sedalam 2 meter.

Kehilangannya hanya disedari oleh ibunya ketika hujan lebat. Berikutan itu satu laporan polis dibuat berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit.

Menurut Dahlan, sepasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha mencari mangsa, tetapi masih belum ditemui.

Parit berkenaan digenangi air selepas hujan turun tidak berhenti sejak semalam.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10