Maizawati ditemani suami Mohd Yassin masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun-kosmo |
JANDA Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, patah tangan kiri dan cedera di muka apabila kereta Proton Gen 2, dipandunya bertembung sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah Ipoh, jam 5.15, pagi Selasa lalu.
Dia kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Syukur kandungannya yang berusia lima bulan tidak mengalami apa-apa masalah selepas dimaklumkan pegawai perubatan.
Dia mendakwa bertembung kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U berdekatan Sekolah Menengah Izuddin Shah.