nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

2 PERAGUT DIBERI MAKAN KAYU GOLF SELEPAS CUBA RAGUT BEG GURU WANITA!

Inilah padah cuba meragut. Hasil tak dapat, kayu golf hinggap ke badan!

SUDAHLAH kerja jahat untuk meragut beg tangan seorang guru wanita tak berhasil, badan pula teruk dirembat dengan kayu golf.

Ini nasib malang menimpa dua peragut berusia 18 dan 23 tahun yang cuba meragut beg milik guru, Azzahida Othman, 36, jam 8.30 pagi semalam di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghantar anaknya.

Dua peragut menaiki motosikal itu awalnya berpura-pura berlagak pelanduk masuk kampung, bertanyakan arah sebelum menunjukkan belang, mengacu pisau ke leher anak Azzahida. Serentak itu mereka meragut beg di dalam kereta yang dipandu mangsa.

Azzahida barangkali geram, bertindak mengundurkan keretanya melanggar motosikal dinaiki suspek, menyebabkan kedua-duanya terjatuh.

Nah! Di situ penduduk berdekatan lebih kurang 20 orang segera mengutung 'lauk' terhidang di pagi hari sebaik terdengar jeritan meminta tolong! Ada di antaranya dikatakan berbekal kayu golf memberi hadiah penuh makna menjelang 2011, menyebabkan kedua-dua suspek lembek lempeng.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10