KES mereka kerana ditangkap khlawat di sebuah hotel murah di Jalan Kampung Perak, Alor Setar pada November lalu belum kering lagi, tapi pasangan kekasih itu masih tidak serik-serik, apabila diberkas lagi pagi kelmarin kerana kesalahan serupa.
Pasangan masing-masing berusia 19 tahun itu diberkas penguatkuasa jabatan agama ketika sedang lena tidur di sebuah bilik sewa milik kakak angkat remaja perempuan terbabit di Jalan Langgar, Alor Setar, kira-kira jam 4 pagi.
Difahamkan, kes mereka kerana ditangkap khalwat November lalu masih disiasat dan belum dibicarakan lagi di mahkamah. Kali ini mereka buat lagi. Pasangan lelaki dikatakan berasal dari Titi Gajah manakala perempuannya dari Pumpong.
Sebelum kejadian, pasangan wanita dikatakan menghubungi teman lelakinya supaya datang ke bilik sewa milik kakak angkatnya yang keluar membeli makanan. Dia mengambil peluang itu untuk bersedap-sedapan dengan teman lelakinya.
Wanita bekerja sebagai pembantu kedai emas itu dipercayai terlalu merindui teman lelakinya, apatah lagi cuaca kebelakangan ini asyik hujan sahaja!