SEORANG pemandu van rentung, manakala empat penumpang yang lain cedera apabila kenderaan dinaiki bertembung sebuah kereta jenis Suzuki Swift, sebelum terbalik dan terbakar di KM13.5, Simpang Tiga, Jalan Lubok Jong, Pasir Mas, Kelantan pagi semalam.
Abdul Razak Lah, 71, mati di tempat kejadian akibat terbakar, manakala empat yang lain cedera ketika kenderaan mereka dari Gua Musang ke Thailand terbabit kemalangan jam 7.30 pagi.
Pemandu kereta Suzuki Swift, Md Afiq Azfar Sayuti, 19, turut cedera dan kesemua kini dirawat di Hospital Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliluddin Rahim mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan telah dipandu memasuki laluan van.