nuffnang ads

Tuesday, January 18, 2011

JOM SOKONG HATA WAHARI: BELIAU BUKA PEJABAT DI DEPAN BANGUNAN UTUSAN MALAYSIA.

Hata sedang menjalankan tugasnya di pejabat beliau di depan bangunan Utusan Malaysia. pix:malaysikini
PRESIDEN Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hata Wahari, hari ini membuka 'pejabatnya' di depan bangunan Utusan Malaysia, sebagai tanda bantahan kerana digantung oleh majikannya, walaupun tuduhan ke atasnya belum lagi dibuktikan.

Pejabat setingkat beliau berupa sebuah meja, kerusi dan komputer bimbit tertulis perkataan 'WARTAWAN SEDANG BERTUGAS".

Hata Wahari bertugas di Utusan Malaysia selama 15 tahun, tetapi atas sebab kononnya dia mengkritik majikannya menerusi kenyataan kepada beberapa portal berita sebelum ini, dia dikenakan tindakan gantung tugas.

Sokong Hata Wahari. Sokong pengucapan bebas dan bertanggungjawab! Sokong kebebasan akhbar.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10