MAYAT pramugari MAS, Chin Swee Len, 34, yang ditemui mati di tempat letak kereta hotel penginapannya di Amsterdam Jumaat lalu akan dibawa pulang hari ini.
Mayat Chin yang ditemani suami dan abangnya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 7 pagi esok.
Jurucakap Wisma Putra berkata, semua kos penerbangan membawa pulang mayat mendiang adalah ditanggung.