SYABAS cikgu Mala. Walaupun anda ditohmah dengan fitnah konon berzina, jadilah wanita yang sabar dan kental semangat. Kempen pilihanraya di DUN Tenang baru sahaja bermula. Langkah pertama adalah jadi diri sendiri demi kebenaran.
Perjuangan membina masjid sekalipun pasti berdepan pelbagai halangan, apatah lagi untuk menjadi seorang pemimpin.
Kempen memburukkan perbadi Normala mula tercetus dalam sebuah laman facebook, konon Mala berzina dengan orang lain sebelum berkahwin dengan suaminya kini. Konon Normala memburu harta.
Sebaiknya kalau Mala mahu memburu harta, buru sahaja pemimpin parti apa nama tu yang hidup di atas duit rakyat dan kenyang dengan segala bagai santapan dari keringat dan darah rakyat.
Teruskan perjuangan dan anggaplah fitnah itu sebagai nyamuk dan lalat yang berkeliaran dalam satu dunia politik yang kelam dan amat busuk.
Tuntutlah maaf daripada mereka yang memfitnah itu, sementara pada masa yang sama panjatkan doa semoga Allah tunjukkan sesuatu - agar diberi hidayah dan kebaikan kepada mereka yang melontarkan fitnah itu.