nuffnang ads

Tuesday, January 4, 2011

FENOMENA HARIAN METRO: TERCAPAI SUDAH IMPIAN ALLAHYARHAM TAN SRI SAMAD ISMAIL

HARIAN METRO telah mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia persuratkhabaran di negara ini, terutama kerana kejayaannya mengungguli sebagai akhbar nombor satu yang disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang menakjubkan.

Unggul duduk di tempat teratas dalam tempoh 20 tahun adalah sesuatu yang dipanggil fenomena dan benar seperti apa dikatakan Menteri Besar Pahang, bahawa Harian Metro mencetuskan fenomena yang tidak pernah berlaku dalam sejarah akhbar cetak lain sebelum ini.

Barangkali kalau Tan Sri A Samad Ismail masih ada hayatnya pada hari ini, tentu beliau menjadi antara orang yang amat gembira melihat fenomena yang berlaku kerana allahyarham pernah mengucapkan kata-kata bahawa beliau ingin melihat Harian Metro menjadi akhbar utama di negara ini.

Kata-kata bergema dalam ucapannya ketika berceramah pada tahun 1991 di sebuah bilik bangunan lama NSTP di Jalan Riong, ketika Harian Metro baru sahaja beberapa bulan dilancarkan. Malah saya masih ingat allahyarham berulang kali menyatakan keyakinannya itu. Akhirnya apa yang dicita-citakan oleh tokoh kewartawanan itu telah menjadi kenyataan. Syabas dan alhamdulillah.

Ketika meraikan kejayaan luar biasa Harian Metro ini, bersamalah kita menghadiahkan alFatihan kepada roh allahyarham yang sebenarnya banyak berjasa menunjuk ruang dan jalan kepada akhbar nombor satu ini pada peringkat awal penubuhannya.

BERSAMALAH MERAIKAN ULANG TAHUN KE 20 HARIAN METRO

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10