NADIAWATI Ainul Basir, 24, peserta Akademi Fantasia Musim ke 8 (AF8) kehilangan RM3,000 apabila beg tangannya dirembat seseorang ketika menghadiri pertandingan boling di pusat beli-belah di Wangsa Maju, kelmarn.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Ain, nama gelar Naidawati berkata dia meletakkan beg tangannya di tempat duduk pemain sebelum bergegas naik ke pentas untuk menyanyikan lagu bagi menghiburkan peminatnya.
Dalam sibuk menghiburkan peminat, pihak penganjur mengumumkan penemuan beg tangan, dipercayai ditinggalkan si maling. Ain terkejut dan mendapati beg itu memang miliknya dan selepas diperiksa, dia kehilangan RM3,000.
Satu laporan polis dibuat dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainudin Ahmad mengesahkan satu siasatan sedang dilakukan.
Kepada pemaling yang ringan tangan mengambil beg itu, pulangkanlah wang yang diambil. Kesian Ain, banyak tuuu...