nuffnang ads

Monday, January 17, 2011

29 PENJUDI SABUNG AYAM KENA CEKUP DI RAWANG

SERAMAI 29 penjudi sabung ayam, termasuk tiga wanita tidak sempat berkokok apabila mereka dicekup dalam satu serbuan polis di sebuah kawasan berdekatan kolam ikan, di Taman Saujana Utama, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Dua wanita yang ditahan adalah warga Indonesia manakala seorang lagi wanita warga tempatan berusia di antara 20 dan 31 tahun. Mereka ditahan dalam serbuan jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah, berkata lapan ekor ayam sabung yang digunakan dalam perjudian itu turut diselamatkan, manakala wang tunai sebanyak RM38,000 juga dirampas.

Abdul Rahim berkata, selain menyiasat kesemua yang ditahan, polis juga akan menyiasat pemilik premis dan kolam ikan yang dijadikan gelanggang perjudian itu, bagi memastikan sama ada mereka terbabit atau tidak dalam kegiatan itu.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10