KATA Ito penyanyi kumpulan Blues Gang, Apo Nak Dikato!
Demikian nasib empat calon konstabel yang datang untuk melaporkan diri ke Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson, semalam.
Mereka terkantoi ketika kawan-kawan lain mencatat sejarah berlatih di dalam kem tentera buat julung kali. Penahanan empat calon bakal konstabel itu disahkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh. Katanya mereka yang ditahan adalah calon yang baru mahu melaporkan diri dalam latihan untuk Kursus Asas Konstabel PDRM Siri 1/2011 di Pusasda.
Menurut Osman, kesemua akan ditolak dan tidak akan diterima untuk menjalani latihan berkenaan. Bagaimanapun, sampel kedau akan dihantar ke hospital bagi membuat keputusan muktamad.
Julung kali dalam sejarah, PDRM menggunakan pusat latihan tentera iaitu Pusasda dan Pusat latihan Tentera Laut KD Sultan Ismail (KDSI) di Tanjung Pengelih Johor menjadi tempat latihan menjalani kursus asas konstabel.
1,000 orang melaporkan diri di Pusasda Port Dickson, manakala 500 orang lagi melaporkan diri di KDSI, Johor.