nuffnang ads

Monday, January 24, 2011

DUA LAGI ATLET SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010 DISAHKAN POSITIF DADAH HARI INI


DUA lagi atlet yang bertanding pada Sukan Asia di Guangzhou 2010 pada November lalu, hari ini disahkan oleh Majlis Olimpik Asia positif dadah.

Ini menjadikan jumlah atlet disahkan positif ujian dadah sepanjang menyertai sukan itu seramai empat orang. Dua atlet terbaru disahkan positif itu ialah pemenang pingat perak acara lempar cakera dari Qatar, Ahmed Dheeb, manakala seorang lagi atlet 800 meter Palestin, Awajna Abdalnasser.

Pingat perak Ahmed telah ditarik balik kerana positif 'testosterone' manakala Awajna pula disahkan positif 'noranrosterone'.

Sebelum ini dua atlet Uzbekistan, iaitu atlet yang menyertai acara gusti dan judo turut disahkan positif ketika ujian doping dadah yang dilakukan ke atas mereka.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10