PETANG tadi terserempak ular seperti berkepala dua. Satu di depan, satu di belakang. Ular itu hanya sepanjang tidak sampai suku meter.
Kerana terkejut, sementelah pula tidak pernah ketemu ular sebegitu rupa yang mempunyai kepala juga di ekornya, saya pun tinggalkan begitu sahaja. Dalam semak semua boleh terjadi.
Dalam semput terkejut dan hairan, saya tergelak tiba-tiba kerana kepala ini teringatkan seorang sahabat sejak kecil dan kini lebih 40 tahun tak berjumpa.
Maaflah Zul, tiba-tiba apabila terpandangkan ular dua kepala itu teringatkan kau pula. Jangan marah kalau aku tuliskan di sini. Engkau tentu faham maksud kenapa aku tertawa. Aku tidak berniat menyindir atau memperli kelebihan yang kau ada. Betul, cuma aku diganggu oleh seekor ular yang tak pernah aku jumpa tadi.
Ya, Zul..aku tidak tahu di mana kau berada sekarang. Zaman kecil dulu kita pernah bermain bola dan tentu kau tidak marah kalau aku berkias tentang ular kepala dua itu.
Sesekali memang aku juga tertanya Zul. Tertanya aku tentang bagaimana perkahwinan kamu nanti (mungkin kamu dah berkahwin sekarang)
Ya Zul. Demikian besar kuasa Tuhan pada hambaNya. Maafkan aku. Maafkan aku Zul.