nuffnang ads

Monday, January 24, 2011

DERA: SARJAN IRWAN RISKIANTO DIPENJARA 10 BULAN, PREBET YAKSON AGU DIPENJARA SEMBILAN BULAN DAN PREBET THAMRIN MAHANGIRI DIPENJARA LAPAN BULAN


TIGA anggota tentera Indonesia didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera hari ini kerana mendera dua penduduk Papua Barat.

Sarjan Irwan dipenjara 10 bulan kerana sebagai timbalan komander kem telah gagal mengawal perlakuan itu berlaku.
Tiga pelaku kes dera ini dijatuhi hukuman penjara bawah 10 bulan oleh mahkamah tentera Indonesia, hari ini

Prebet Yakson Agu yang menggunakan kayu dibakar hujungnya yang dicucuh pada kemaluan mangsa, Tunaliwo Kiwo, dipenjara sembilan bulan.

Prebet Thamrin Mahangiri pula dikenakan penjara lapan bulan kerana menekan pisau ke leher mangsa kedua, Telangga Gire.

Jurucakap TNI di Papua Barat, Lt Kolonel Harry Priyatna, berkata kesemuanya didapati bersalah tetapi tidak akan ditamatkan perkhidmatan mereka di dalam tentera.

Keputusan mahkamah tentera hari ini menyebabkan jurucakap Kementerian Luar Negara Australia menghantar emel menyatakan ketidakpuasan hati di atas tempoh penjara yang dikenakan kepada ketiga-tiga tentera terbabit.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10