nuffnang ads

Wednesday, January 12, 2011

BANK RAKYAT BUKA 8 CAWANGAN BARU

BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BHD (BANK RAKYAT) disaran memperbanyakkan pusat perkhidmatan di kawasan terpencil di seluruh negara dengan mengadakan pakatan dan kerjasama dengan pertubuhan koperasi setempat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata walaupun langkah membuka pusat perkhidmatan itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar kepada bank terbabit, ia perlu diteruskan bagi membantu masyarakat luar bandar mendapat akses kepada aktiviti perbankan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan produk terbaru Takaful Murni, Takaful Didik dan Takaful Amanah, hasil usaha sama bank itu dengan Etiqa Takaful Bhd (Etiqa Takaful) di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful, Sharil Azuar Jimin.

Ismail berkata, Bank Rakyat juga akan membuka lapan cawangan baru dengan pelaburan RM8 juta di seluruh negara sepanjang tahun ini.

"Sebanyak tujuh lokasi sudah dikenal pasti iaitu di Limbang dan Serian, Sarawak, Putatan, Semporna, Kota Marudu (Sabah), Bentong (Pahang) dan Kerteh (Terengganu) manakala satu lagi belum diputuskan" katanya.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10