Banjir besar mula melanda di beberapa kawasan di sarawak. pix:sarawakupdate |
Kawasan di sekitar tebing Sungai Sarawak ditenggelami air melebihi 2 meter manakala di kawasan bandar dan beberapa jalan raya dinaiki air sehingga 1.5 meter.
Peka dengan bencana itu, Ahli Parlimen Petrajaya yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadilah Yusof menggunakan laman facebooknya untuk mengingatkan penduduk tentang amaran pada tahap Oren di Sarawak.
Bernama melaporkan, lebih 1,000 mangsa dilaporkan telah dipindahkan ke kawasan selamat, apabila banjir mula melanda negeri itu semalam.