nuffnang ads

Thursday, January 27, 2011

BADMINTON TERBUKA KOREA: LEE CHONG WEI KE SUKU AKHIR


PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan rentak juara penuh yakin apabila menempah tiket ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Korea Selatan.

Sebentar tadi, Chong Wei mengalahkan pemain utama Korea Selatan, Park Sung Hwan 21-14 dan 21-9 dan bakal bertemu dengan pemain China, Wang Zengming.

Zengming layak ke suku akhir selepas mengejutkan juara dunia yang juga rakan senegaranya, Chen Jin dengan keputusan 21-11, 21-14.

Turut mara ke suku akhir ialah beregu negara, Mohd Farizizuan Tazari/Ong Soon Hock yang mengalahkan beregu Indonesia Alvent Yulianto/Hendra Gunawan, 21-18, 21-12.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10