Saifulizan dihukum penjara 17 bulan. Muka karak, perangai dayus. |
PEMUDA ini berusia 24 tahun. Namanya Saifulizan Ali. Dia mempunyai seorang teman wanita bernama Nur Faizah Mohamed, 19 tahun.
Pada 21 November tahun lalu, di dalam bilik Hotel 81 Star, di Geylang dia melakukan sesuatu yang amat keji dan memalukan kaum lelaki ke atas teman wanitanya.
Mula-mula dia membaling kerusi mini ke tubuh Nur Faizah. Kemudian dia tendang berkali-kali termasuk ke perut Nur Faizah. Tidak cukup, dia tumbuk teman wanitanya itu. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.
Itu rupanya belum dapat memuaskan hatinya. Dalam keadaan teman wanitanya lembik diperlakukan secara ganas, Saifulizan menarik pula rambut Nur Faizah. Kemudian dia bakar rambut teman wanitanya itu.
Sejam sebelum mereka masuk ke bilik hotel, dia juga melakukan keganasan hampir serupa di Stesyen MRT Raffles Place. Dia tendang berkali-kali. Dia tumbuk berkali-kali. Kemudian hentak kepala Nur Faizah. Kemudian cekik.
Dua hari selepas kejadian, barulah teman wanitanya berjumpa doktor. Doktor mengesahkan 5 tulang selangkanya retak dan seluruh tubuhnya mempunyai kesan lembam dan calar.
Hari ini atas segala kekejaman dan kedayusannya itu, Saifulizan dijatuhi hukuman penjara 17 bulan oleh mahkamah Singapura!