nuffnang ads

Wednesday, January 5, 2011

AKU AJAK MAKAN ENGKAU TAK NAK, AKU CABULLAH!

POLIS menahan seorang pemandu teksi bandaraya semalam, selepas dia disyaki terbabit mencabul seorang penumpang wanita dalam satu kejadian pada 29 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan penahanan lelaki terbabit oleh sepasukan polis selepas menerima laporan berkaitan kes itu.

Menurutnya, dalam kejadian itu seorang penumpang wanita yang menaiki teksi lelaki berkenaan pada minggu lalu mendakwa dia diperlakukan tidak senonoh oleh lelaki itu ketika dalam perjalanan dari Bangsar ke ibu kota.

Pemandu teksi terbabit dikatakan beberapa kali menggoda mangsa ketika dalam teksinya termasuk mengajak untuk keluar makan dan minum.

Bagaimanapun, kata Ku, apabila wanita itu enggan dan tidak melayan godaannya, pemandu terbabit bertindak kasar dengan mencabul mangsa.

Mudah betul. Celaka betul. Betul-betul celaka!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10