Dewi (kiri) dan Norafizan didakwa di mahkamah kerana membunuh Nur Dania Qistina |
AYAH dan ibu tiri Nur Dania Qistina, 3 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam atas dakwaan membunuh kanak-kanak itu di rumah beralamat 1284-6, Jalan Tengku Mariam, Batu 17, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Pertuduhan ke atas mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukaman mati jika sabit kesalahan. Bagi tuduhan pertama, Norafizan Ludin, 29, bersama isteri keduanya, Dewi Nadia Alias, 24 didakwa melakukan perbuatan terbabit di antara 8 januari 2011 kira-kira jam 9 pagi hingga 9 Januari 2011.
Bagai tuduhan kedua pula, pasangan itu mengaku tidak bersalah mendera seorang kanak-kanak Melayu, Nor Dania Batrisha Norafizan, 4 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki Melayu Danish Irsyad Norafizan, berusia setahun.
Kematian Nur Dania Qistina mendapat liputan meluas media baru-baru ini. Kanak-kanak malang itu meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 9 Januari lalu.