WALAUPUN Lin Dan kelihatan sering menang apabila bertemu dengan Datuk Lee Chong Wei, Taufik Hidayat merasakan pemain utama Cina itu sebenarnya seorang penakut!
Lin Dan hanya bercakap berdegar-degar, tapi hatinya hanya sebesar hujung jari kelingking. Taufik yang nyata bengang dan marah juga meminta BWF bertindak segera ke atas Lin Dan kerana enggan menghormati pertandingan ini.
Katanya, pemain China itu sengaja mengelak bertemu Chong Wei dan sekaligus memberi kemenangan percuma kepada Cheng Long, rkan senegaranya.
Selain cuak kepada Chong Wei, Lin kata Taufik juga mempunyai taktik kotor membantu rakan senegaranya dengan kemenangan percuma bagi menaikkan ranking mereka, berdasarkan ranking terkini dikuasai Chong Wei dan Taufik.
Apa yang diharapkan berlaku, iaitu pertemuan Chong Wei dan Lin Dan tidak juga menjadi kenyataan. Alasan konon Lin Dan cedera hanyalah wayang. Kalau dia mempunyai semangat sukan, merangkak sekali pun dia bersedia meneruskan permainan. Ini tidak! Lin Dan memang tiada........tuttt!