nuffnang ads

Saturday, January 22, 2011

JANDA JADIKAN ANAK SEBAGAI KUBU UNTUK BUAT MAKSIAT DENGAN LELAKI BUJANG


SUDAH tentulah dia baru sahaja bercerai kerana anaknya baru berusia setahun. Barangkali kerana itu juga nafsu janda muda berusia 25 tahun itu tak terbendung-bendung. Berkali-kali dia berkunjung ke rumah teman lelakinya, seorang bujang berusia 28 tahun semata-mata untuk bersedap-sedapan.

Demi memenuhi tuntutan kantung nafsunya yang kering dan kontang itu pula, dia tergamak membawa anak konon menjadi perisai daripada wasangka orang. Walaupun terpaksa mengembara sejauh 50 kilometer untuk bersama teman lelakinya dari Besut ke Setiu, Terengganu, janda muda itu sanggup!

Namun kisah selingkuhnya, berakhir apabila dia dan pasangannya diserbu jabatan agama malam kelmarin, selepas orang ramai membuat aduan.

Enam pegawai penguatkuasa dibantu dua anggota polis menyerbu rumah permukahan itu. Mereka dikatakan enggan membuka pintu, memaksa penguatkuasa membukanya sendiri secara paksa.

Ketika serbuan, anak janda muda itu yang berusia setahun sedang lena tidur. Lelaki yang menjadi beregu dalam sukan gusti campuran itu berasal dari kampung berkenaan dan sering menjadikan rumahnya yang tersorok dari jalan utama sebagai gelanggang pertandingan nafsu-nafsi.

Kedua-duanya ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10