nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

APAKAH STATISTIK BANCI TERBARU TIDAK BOLEH DIRAGUI?

Statistik terbaru menerusi bancian yang dilakukan 2010, menunjukkan jumlah penduduk lelaki melebihi wanita di negara ini.

Apakah angka ini benar tulen atau apakah tidak mustahil wujud kelompongan dalam proses bancian dilakukan, sehingga boleh menjejaskan ketepatan statistik yang dikeluarkan?

Sekadar renungan, dipaparkan sedikit angka dan statistik daripada unit-unit tertentu untuk dijadikan asas pertikaian jumlah statistik yang dikeluarkan itu.

JUMLAH GURU WANITA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI NEGARA INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.Guru wanita sekolah rendah -159,849 orang
   Guru lelaki sekolah rendah   -  70,600 orang

2.Guru wanita sekolah menengah-279,545 orang
   Guru lelaki sekolah menengah  -126,171 orang

 JUMLAH GURU WANITA =439,394 orang
 JUMLAH GURU LELAKI   =196,771 orang
 Perbezaan guru wanita dengan lelaki =242,623 orang(Wanita melebihi lelaki sebanyak 242,623 orang)

3.PELAJAR BARU IPT SESI 2010/2011
  Pelajar wanita = 26,229 orang
  Pelajar lelaki   =13,277 orang
  Perbezaan pelajar wanita dan lelaki=12,959(Wanita melebihi lelaki sebanyak 12,959 orang)

4.ENROLMEN PELAJAR UNIVERSITI DI MALAYSIA (2007)
  Pelajar wanita= 228,521 orang
  Pelajar lelaki  =154,476 orang
  Perbezaan wanita dan lelaki=74,045 orang (Wanita melebihi lelaki sebanyak 74,045 orang)

5.JUMLAH TENAGA AKADEMIK IPTA (2007)
  Lelaki   = 11,898
  Wanita  = 11,669
 Perbezaan lelaki dan wanita =229 orang (lelaki melebihi wanita sebanyak 229 orang)

PERBEZAAN BAGI BANCIAN UNIT/SEKTOR DI ATAS MENUNJUKKAN wanita melebihi lelaki sebanyak 329,627 orang!

Itu belum dikira penjawat/kakitangan awam wanita di seluruh negara dan pekerja industri wanita di seluruh negara serta jumah bilang wanita belajar di luar negara.

Masih banyak ruang untuk kita mengkaji semula statistik yang dikeluarkan baru-baru ini, kerana dalam tempoh 10 tahun mulai 2000, bilangan wanita dalam pelbagai sektor/unit/pekerjaan di negara ini sebenarnya amat tinggi melebihi lelaki. Persoalannya, apakah dalam tempoh 10 tahun kadar bersara/berhenti/kematian wanita dalam sektor/unit berkenaan begitu tinggi di kalangan wanita?

Apakah statistk yang dikeluarkan ini seiiring dengan statitisk jabatan pendaftaran negara bagi jumlah permohonan sijil kelahiran, Mykad dan sijil kematian?

Sekadar bertanya, sebab manusia tak pernah sempurna melaksanakan tugas!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10