nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

ORANG KUAT UMNO KATA, AWAK TUTUP BLOG. TAHUN BARU IKUT TOLONG KITA KEMPEN UNTUK ORANG MELAYU!

TAHUN baru ramai yang ucap selamat tahun baru. Ada minta maaf kata sebab lama sangat tak jumpa saya. Ada kata, kalau ada yang terkilan buanglah, tahun baru ini elok kita buka buku baru. Ada kata, sayang saya pilih jalan kiri sedang jalan kanan terbentang luas.

Ada cakap, kenapa jadi macam ini? Ada tanya kalau tak puas hati, dia akan bawa hal yang tak puas hati terus ke atas dan lupakan persengketaan, kalau ada! Ada juga bisik-bisik sambil salam, kemudian tepuk bahu dua tiga kali sambil kenyit mata, dan saya faham.

Tapi yang saya tidak boleh terima apabila ada kata, tutuplah blog, tolong dia perkasakan mana yang lemah, kempen demi untuk bangsa Melayu!

Yang ini saya jawab: Pttuuuuuuiiiiih!!!!

Saya beritahu saya memang tak pernah pukul orang tapi saya pernah membunuh. Carilah kelongsong senapang patah di tepi hutan atau tepi jalan, hantar pergi jabatan kimia, salah satu ada cap jari saya. Berapa ratus gagak telah saya tembak mati?

Kalau setakat ajakan mahu tolong bangsa Melayu ini, saya pernah dengar sejak dulu-dulu. Barangkali pemimpin itu terlupa saya sudah mahu memasuki setengah abad usia, hidup dalam tangis dan jerit orang Melayu di merata tempat. Saya boleh tutup blog, tapi bukan sebab ajakan untuk berkempen untuk tolong orang Melayu!

Saya bilang kalau mahu tolong orang Melayu, saya tak perlu tutup blog. Blog adalah diari saya. Di dalam blog, saya kutip jerit pekik dan raung tangis orang Melayu, saya titip kadang-kala baris jerit dan raung itu saya tulis terus dari air mata mereka.

Tolong, selama ini benarkah apa yang dia buat sudah benar-benar tolong Melayu? Tolong kawan...jangan letakkan saya seperti anjing selepas sekian lama menjadi anjing kerana anjing yang diam dan menunduk itu akan lebih bahaya dari seekor harimau!

Alangkah indah kalau tahun baru ini, saudara atau tuan hormati saya. Saya mungkin lebih Melayu dan mungkin lebih faham dan mengerti tentang penderitaan orang Melayu dari tuan! Merangkak pun saya akan kais dan akar dari semangat dan kepedihan bangsa yang melekat pada roh saya akan terus mencakar tanah. Terus mencakar. Faham!

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10