nuffnang ads

Saturday, January 1, 2011

ALHAMDULILLAH: ALLAH ANUGERAHKAN SAYA HADIAH AMAT BERMAKNA HARI PERTAMA TAHUN BARU 2011

KEPADANYA saya bersyukur dan kepadaNya saya meluahkan gembira. Selepas lebih 5 tahun menghilangkan diri (hilang) secara tiba-tiba dari jari, cincin pemberian emak yang dibelinya di Mekah pada 2004, akhirnya 'datang' semula pagi ini.

Terbenam sebahagiannya di tanah di depan rumah, cincin yang saya sedari hilang sebaik bangun tidur selepas sebulan dihadiahkan emak itu akhirnya pulang semula ke jari saya.

Memang bertahun saya pelik dan hairan dengan kehilangan cincin itu kerana ia hilang sebaik sahaja saya bangun pada satu pagi selepas sebulan memakainya.

Allah memang Maha Mengerti kekecewaan saya dan syukur padaNya. Apatah lagi 'kepulangan' cincin ini pada awal tahun baru, hanya beberapa hari lagi menjelang hari ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah.

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENJULANG MARTABAT MEMBURU DARJAT

MENERIMA SESUATU DARIPADA DATUK BANDAR SHAH ALAM, DATUK MAZALAN MD NOOR 10.10.10